Kisah Pembantaian Raja – Raja Melayu di Pesisir Pantai Timur

    5593
    0

    Walaupun revolusi yang hampir sama berlaku di Kesunanan Surakarta, namun yang menjadi mangsa hanyalah beberapa penasihat sultan dan pekerja-pekerja istana. Keluarga sultan serta para bangsawan tertinggi tetap dilindungi tentera kerajaan Indonesia. Namun raja-raja Melayu dibiarkan untuk mempertahankan diri mereka dan keluarga mereka sendiri. Sebenarnya para pembaca sekalian, satu perkara yang saya mahu tekankan tentang peristiwa ini adalah hakikat bahawa negeri-negeri Melayu yang terlibat ini semuanya adalah negeri yang tersangat-sangat kaya dengan hasil perlombongan, getah, sawit, tanaman-tanaman komersil seperti kopi, koko dan lada malah telaga minyak!

    Di negeri-negeri ini wujud pekan-pekan, pelabuhan serta bandar yang makmur dan indah, malah para sultan mempunyai kapal dagang dan kapal wap masing-masing seperti Sultan Langkat dan Sultan Bulungan. Kekayaan negeri-negeri Melayu ini sentiasa di cemburui oleh pihak-pihak tertentu.

    BACA JUGA :  Membunuh Karakter Lawan Politik, Dengan Lemparkan Isu Dinasti Politik

    Betul lah kata seorang pengkaji sejarah bahawa orang Melayu ini walau dimanapun dia tercampak dan membuka kerajaan, pasti kerajaan itu akan jadi, terkenal, kaya dan menjadi pusat perdagangan yang masyhur. Contohnya lihat sahaja Parameswara yang membuka Melaka, kemudian keturunannya Sultan Alauddin yang membuka Johor, kerabat-kerabat Melayu dari Semenanjung dan Sumatera yang berhijrah ke kepulauan Filipina dan Kalimantan Selatan dan membuka kerajaan-kerajaan baru. Kebanyakannya menjadi pusat persinggaan dan perdagangan yang maju.

    Oleh sebab itu pada pendapat penulis, peristiwa, pembunuhan hampir seluruh sultan-sultan Melayu dan kaum bangsawan serta kerabat, bukan hanya satu revolusi sosial, sebaliknya sebagai satu cover up oleh pihak tertentu dari belakang tabir atau hidden hand yang menggunakan nama pejuang nasionalis kemerdekaan Indonesia untuk mendapatkan kekayaan raja-raja Melayu dan hasil mahsul negeri mereka serta menghapuskan kedaulatan dan keturunan raja-raja Melayu.

    BACA JUGA :  Tim F1QR Lanal Batam Berhasil Gagalkan Penyelundupan Sabu-Sabu 4 Kg

    Begitulah sedikit sebanyak peristiwa operasi terancang untuk menghapuskan kerajaan-kerajaan etnik Melayu dan yang dekat dengannya atas sebab-sebab yang masih kurang jelas sehingga sekarang. Sebenarnya tidak ada sebarang justifikasi yang boleh diberikan terhadap peristiwa ini kerana ia terang-terangan adalah serupa dengan penghapusan etnik. Walau apa pun alasan yang diberi untuk mengelak dari memperkatakan mengenainya, konflik diantara ketuanan Melayu dengan ketuanan Jawa di Nusantara ini adalah sesuatu yang realiti dan sudah sekian lama berlaku. Sejak ekspedisi Srivijaya terhadap pulau Jawa dan diikuti pula dengan ekspedisi Pamalayu oleh Majapahit, konflik ini sudah bermula, walaupun dua suku besar Nusantara ini adalah dari rumpun yang sama. Sekian. Wallah hu a’lam.

    BACA JUGA :  Perjalanan Cinta Budi Doremi dan Virgoun di HARRIS Resort Barelang Batam

    #Gambar menunjukkan, foto Almarhum Sultan Langkat (yang memakai kaca mata,antara mangsa tragedi berdarah tersebut) dan 3 orang putera raja dari kerajaan Deli, Langkat dan Asahan yang segak berpakaian tradisional Melayu. Gambar terakhir ialah Istana Langkat yang tiada lagi kerana telah hangus dibakar.(Ptr)

    Sumber : The PatriotÂ